Friday, 8 May 2009

Surgery: Urology

Pembroke Road -> Baggot Street -> Grafton Street -> Trinity College -> O'Connell Street -> Dawson Street -> Eccless Street -> The Mater Mericordiae Hospital.

Setelah beberapa hari terpaksa berjalan kaki seawal jam 5.50 pagi, dari rumah di Jalan Pembroke, menuju ke hospital di kawasan North Circular Road, saya amat menghargai ketibaan hujung minggu ini. Bukan tidak suka, bukan pula tidak rela dengan keadaan terpaksa berjalan kaki tersebut. Cuma rasa penat yang menjengah menyebabkan saya ternanti-nanti waktunya untuk berehat.

Dublin Bus hanya memulakan perkhidmatan mereka sekitar jam 7 pagi. Jadi memang 'Good Bye' sahajalah untuk menaiki bas. Kalau pun ada, hanya Aircoach sahaja yang setia berkhidmat untuk penumpang-penumpang yang mahu ke airport.

Mujur juga sudah pertengahan musim bunga. Pancaran cahaya mentari yang menemani saya di awal pagi amat menenangkan jiwa, walaupun adakalanya hembusan garang sang bayu seolah-olah menepis setiap hayunan langkah ini, sehingga tersasar pula kadang-kadang. Namun saya percaya, jika niat dan caranya betul, insyaAllah pasti ada ganjaran untuk setiap langkahan.

Terkenang pula akan tuntutan agama yang menjadi motivasi yang tinggi untuk sekalian ulamak dan para ilmuan Islam dalam menuntut ilmu...

Imam Asy-Syafi’ie rahimahullah pemah mengatakan dalam syairnya,

'Saudaraku, engkau tidak akan mendapat ilmu, melainkan dengan enam perkara. Kukabarkan kepadamu perinciannya dengan jelas:

Kecerdasan, kemahuan yang keras, bersungguh-sungguh, bekal yang cukup, bimbingan ustaz (guru), dan waktunya yang lama
.'

_________________________________________________


Akibat keletihan dan tidak tahan mata menanti Isyak yang kian lewat, saya tidur seawal 10.15 malam selepas solat Maghrib dan bacaan Al-Mulk beserta tazkirah bersama housemates. Hanya mampu bangun seawal 3.00 untuk solat Isyak etc, dan terus menanti Subuh sekitar jam 4.00 pagi. Selepas solat dan membaca Al-Mathurat secara berjemaah, saya berusaha untuk tidak tidur- duduk di meja study dan membaca, kemudian bersiap-siap untuk ke hospital.

Rotation minggu ini adalah bersama team surgery-urology. Ward round bermula pada 6.50 pagi. Biasanya saya dan Muireann akan tiba di depan St. Anthony Ward pada 6.45 pagi. Tetapi pernah mereka memulakan ward round lebih awal daripada itu! Saya pernah terkilan di suatu pagi kerana tiada seorang pun daripada doktor-doktor yang sudah nampak kami menanti di hadapan wad, tetapi tidak memberitahu bahawa sebenarnya Consultant sudah pun tiba di dalam wad. Muireann apatah lagi. Sentiasa sahaja dia menzahirkan kebengangannya kepada saya.

'Oh Nur...I miss Tullamore...' keluh Muireann. Saya juga berasa begitu.

Sikap mereka yang senyap dan tidak peduli tentang kewujudan pelajar perubatan menyebabkan kami berasa 'tension'. Di dalam Operation Theatre (OT), jika kami senyap selama satu jam, maka selama itu pula mereka akan senyap, lalu menjadilah kami 'wall paper' yang menghiasi ruang bilik bedah...sehingga kami pernah tertidur di dalam OT.

Mengambil 'history' daripada patients adalah lebih seronok. Walaupun team kami tidak punya ramai pesakit, namun setakat dua orang pakcik yang saya ambil history daripada mereka, saya rasa berbaloi. Kebetulan pula, kedua-duanya adalah pesakit yang pekak, tetapi peramah. Jadi memang mencabar. Bukan sahaja saya terpaksa mengulang-ulang soalan, malahan terpaksa menjerit. Sehingga ada sekali, tatkala saya menarik tabir semula sesudah selesai berbual-bual, semua mata-mata pesakit lain di dalam wad yang sama memandang kepada saya! Huhu malu giler!

Seminggu lagi untuk rotation yang sama...dan saya akan pastikan ia lebih 'menggembirakan' berbanding minggu lepas! InsyaAllah.


4 comments:

  1. Assalamualaikum

    We have the same prob with Vascular Sx dulu... We are even taken out from the ward round once without a reason... n nearly everyday balik awal... But Alhamdulillah ada banyak patient yg dapat kami jumpa n amik Hx...

    But like us, ENT was our lifesaver in Mater...

    Still, we learned a lot in Vascuar and ENT, Alhamdulillah...

    Anyway, Moga dipermudahkanNya dalam perjuangan mencari ilmu n in life...

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  2. ahahah, insyaAllah your clinical experience will be much better next time dear ♥
    oh aku still agak struggle nak amek history yg organise & well structured huhu..harus berlatih byk and need to overcome my confidence issue
    慠-慜

    ReplyDelete
  3. Thanks Adlan, thanks Eba,
    Hopefully insyaAllah..

    The same goes to you guys,
    may Allah enlighten our path,
    Amen.

    ReplyDelete
  4. Adui kt dublin pun ad case xpeduli student eh?kt cni lg la dasat, kdg2 tu siap kna marah/pndg semcm/perli in russian so ktorg wat2 xfhm,uhu

    atleast korg leh fully communicate dgn ptn, kt cni ad smpi thp mcm ayam ckp dgn itik T_T

    Ganbatte,syude!

    Acot takut gle ni xtau la cmne nk keje nnt,huhu.

    Take care <3

    ReplyDelete