Wednesday 5 May 2010

Paediatrics: 5 April - 14 Mei 2010




Anak-anak kecil.

Ibu-bapa.

Doktor dan jururawat.

Tiga golongan ini mewarnai hidup saya dalam tempoh 6 minggu ini. Macam-macam perasaan yang bermain dikalbu.

Seronok dan tenang - melihat anak-anak kecil bermata biru dan bulat, berpipi merah dan tembam, berambut halus dan sedikit serabut, berbibir mugil dan tidak henti berceloteh pula...
Masyaallah, sungguh membahagiakan...

Tercabar - dengan peraturan ntah hape2 Garda yang menyusahkan sekalian jiwa-jiwa muda yang sungguh bersemangat untuk berlatih History Taking dan Physical Examination. Katanya, jika kami hendak berurusan dengan pesakit di wad nanti, kami perlu mangangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah dan mengaku bahawa kami ini bebas dari sebarang jenayah. Walaupun setiap seorang daripada kami sudah pun mengangkat sumpah 4 minggu yang lalu, namun di pihak UCD pula kedengarannya masih belum menyelesaikan perkara ini bersama pihak Garda. Doktor-doktor senior juga tidak nampak di mana bahayanya jika kami pergi ke wad, berjumpa pesakit dan berbuat seperti kebiasaannya. Sehinggakan akak-akak nurse turut berasa kesal dengan nasib pelajar perubatan sehingga berkata, 'This is so disgraceful! What's the point of you guys coming in to hospital if you cannot approach patients!'

Dan saya pula, kadang-kadang secara senyap-senyap dan selamba akan masuk ke wad dan berbuat apa yang sepatutnya kami buat. Susah juga kalau terlalu lurus ikut peraturan yang menyusahkan ni kan? Oppsss!

Terhibur - melihat gelagat ibu-bapa yang setia dan sabar melayan kerenah anak-anak mereka. Fitrah anak-anak yang sememangnya banyak bertanya dilayan dengan penuh kasih-sayang. Sifat ingin tahu anak-anak mereka ini diraikan dengan baik. Ibu-bapa seolah-olah kawan karib anak-anak. Lain pula halnya jika di Malaysia- 'Shh...kan mak tengah bercakap dengan makcik ni...jangan menyampuk cakap orang tua-tua.' Dan dialog yang seumpamanya. Perbezaannya jelas jika dibandingkan dengan cara ibu-bapa di Malaysia melayan kerenah anak-anak.

Teruja tetapi takot! - dek kerana banyaknya topik yang perlu dibaca dalam masa 6 minggu ini. Jika 'adult's medicine' dipelajari dalam tempoh 2 tahun, tetapi 'children's medicine' ini harus dikuasai dalam masa 5 minggu ini sahaja kerana peperiksaan akhir Paediatrics adalah pada minggu ke 6.

Dan akhir sekali...

Tertekan - apa lagi kalau bukan kerana Dublin Bus. Bus 18 yang saya naiki setiap hari tidak kerap, dan bukan pula selalu 'on time'. Tetapi mujurlah tak perlu bertukar dua bas. Selama setengah jam tepat perjalanan ke Crumlin, dan sebahagian besar daripada masa ini saya akan tertidur, terutama dalam perjalanan pulang di petang hari.



Walau apapun, semoga setiap hari saya dapat mempelajari ilmu yang bermanfaat, agar suatu hari nanti saya dapat beramal pula dengannya. InsyaAllah.