Sunday 31 May 2009

Howth: Sunbathing!



'Sunbathing, a.k.a. menduyung merupakan antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di musim panas. Aktiviti menduyung ini lebih menyeronokkan jika dilakukan bersama-sama teman-teman anda di kawasan yang mempunyai panaroma alam semulajadi yang indah dan mempersonakan di hujung minggu. Jika ingin merasai keseronokannya, cubalah sendiri! :)'

Macam skrip iklan lah pulak.

Alhamdulillah musim panas sudah tiba. Kesempatan hujung minggu kali ini saya manfaatkan bersama sahabat-sahabat sekelas-seperjuangan-sepermainan dengan rasa gembira (kerana dapat berkelah bersama-sama setelah dua bulan kami tidak berjumpa lantaran rotation di hospital-hospital yang berbeza) dan syukur kerana nikmat musim panas yang tiba.

Mudah-mudahan, picnic di Howth ini akan saling menguatkan semangat kami untuk sama-sama menghadapi peperiksaan yang bakal tiba dua minggu lagi, dan mengeratkan lagi ukhuwwah yang sedia ada.

Thanks korang! Good friends..good food..good wheather we had!...Thank you Allah.

3 comments:

  1. oh summer ♥ sayer jeles melihat kamu *is not fond of the winter down here*
    Hi, Eba nak menduyung dgn Suhada~

    ReplyDelete
  2. Haha, saya juga mahu menduyung bersama Eba!

    ReplyDelete
  3. salam syude...

    hopping jumping bumping on your page...=)
    i link yours to mine k?

    ReplyDelete