Tuesday, 14 April 2009
Musim Bunga 2009
'Cepat betul pohon-pohon ini berbunga...'
Itulah antara monolog dalaman saya, tatkala menyingkap tirai di pagi hari, menjemput bilah-bilah cahaya sang suria untuk masuk ke bilik. Merenung ciptaan tuhan, lalu memuji-muji kebesaranNya. Pemandangan yang sama, tetapi diambil dalam jarak masa satu minggu.
"Yang demikian itu, adalah karena sesungguhnya Allah (berkuasa) memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan bahwasanya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
[Al-Hajj: 61]
Musim bunga ini adalah yang keempat, yang pernah saya rasai sepanjang berada di Ireland. Setiap pelajar mula merasa gembira dengan ketibaan musim bunga kerana ia merupakan petanda bahawa musim panas sudah tidak lama lagi. Bererti, sedikit masa lagi mereka akan pulang ke Malaysia, tanah air yang sentiasa dirindui.
Saya juga begitu. Kadang-kala di celah-celah kesibukan kuliah, hospital, program dan aktiviti, akan terbayang wajah keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan di Malaysia. Dua bulan lagi untuk saat itu, InsyaAllah.
Dan rindu pun mula menggamit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
u missed a lot ireland rather than malaysia
ReplyDeleteSuhada, Eba sangat rindu kamu ♥
ReplyDeleteaaaaaah, kat cni dh start spring tp still sejuks uhu
ReplyDeleteoh, lupa, ni achot ni, hehe~ take care!
ReplyDelete